Lebah Sayangkan Para Sahabat Rasulullah

Assalamualaikum Adik-Adik..

Adik-adik tau tak.. lebah yang menghasilkan madu tu terlalu sayangkan para sahabat Rasulullah. Lebah yang kita kenal adalah binatang kecik yang amat ditakuti kerana gigitannya osh!! sangat sakit... Adik-adik pernah kena gigit dengan lebah tak? Kalau kena gigit dengan seekor lebah boleh tahan lagi la.. tapi biasanya lebah akan menyerang orang yang mengganggunya seramai berkumpulan. Gigitan lebah ni boleh menyebabkan kematian tau kalau tak mendapat rawatan secepat mungkin.

Meskipun lebah ini binatang berbisa, namun dia banyak berjasa pada manusia. Adik-adik tau tak apa jasanya?? Haa.. lebahlah binatang yang menghasilkan madu yang cukup manis dan berkhasit untuk dimakan. Malah Rasulullah pun berpesan kepada umat manusia supaya memakan madu untuk menambah ketahanan badan dan menghindar sebarang penyakit. Bukan itu sahaja nama lebah pun ada disebut di dalam al-Quran. Ini menunjukkan lebah adalah haiwan yang amat berguna kepada manusia dan kelebihan yang ada pada lebah diceritakan dalam Al-Quran.

Orang-orang kafir pun tak tau tentang kelebihan lebah dan madu. Mereka hanya tau melalui orang Islam dan Al-Quran. Beruntung kan kita adik-adik.. kita orang Islam tahu tentang khazanah alam melalui Al-Quran. Tu lah patutnya orang Islam lebih maju dan terkehadapan dari penganut kepercayaan lain. Ingat adik-adik kalau orang-orang bukan Islam tahu tentang khazanah alam dan herba kita nescaya mereka sanggup menukarnya dengan ketulan emas..

Kalau adik-adik nak tahu tentang cerita lebah sayangkan pada sahabat.. adik-adik klik je pada link haiwan teladan 2 kat sebelah kiri blog ni. Selamat menonton.. bye..


"Sayang Allah.. sayang Rasul.. sayang semua orang.."


 
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response.
1 Response
  1. gravatar Aman UM

    Salam Kak Ady,

    Lepas ni Kak Ady ceritakan lagi ye pasal haiwan2 lain dalam blog ni. Sesungguhnya Alah jadikan haiwan adalah untuk mendidik manusia supaya menjadi hamba Allah yang beriman. Allah tak jadikan ia sia-sia..

    Selamat Berpuasa.. Selamat Hari Raya

Leave a Reply