Archives
Maha Suci Allah.. Sekarang ni bukan main banyak lagi bencana yang berlaku. Bulan ni saja perlu taufan di Filipina dan vietnam, Tsunami di Kepulauan Semoa, Gempa bumi di Indonesia dan Filipina.. semuanya mengundang pelbagai kehancuran dan penderitaan. Malah berapa ramai yang mati dan hilang entah ke mana. Ada yang tertimbus, ada yang dihanyutkan air.. ada yang mendapat penyakit akibat bencana ini.
Adik-adik sekalian..
Semua kejadian ini adalah tanda kekuasaan Allah. Ia bukan sahaja bencana alam, tapi ia adalah tentera Allah yang yang mula bertindak apabila manusia lupa kepada Penciptanya. Lupa di sini maksudnya manusia tidak mengakui Allah adalah penciptanya. Tidak mengaku maksudnya tidak mahu melaksanakan tuntutan Allah. Manusia degil dan bangga dengan kejahatan yang dilakukanya.
Apabila disebut tentera Allah pasti adik-adik teringat akan kisah bagaimana Allah hancurkan kaum 'Ad dengan guruh yang kuat, kaum Nabi Lut dengan ditenggelamkan dalam perut bumi dan banyak lagi. Apa yang berlaku pada umat terdahulu kini berlaku pada umat kini. Tentera Allah yang terdiri daripada Tsunami, Gempa bumi, Ribut Taufan dan sebagainya mula bertindak setelah menerima arahan Allah. Manusia tak mampu untuk menghalang dan berlawan dengan tentera Allah ini. Kalau tidak dengan bencana ni Allah akan utuskan tenteraNya berbentuk binatang sebagaimana Allah utuskan nyamuk untuk memusnahkan kaum Thamut. Tidak mustahil Allah utuskan belalang juta untuk memusnahkan manusia yang ingkar pada masa kini.